Cara Puan Felinna

Kisah kami membentuk pekerja.

Sebenarnya setiap boss ada cara berbeza, ada boss yg hari hari bersama pekerja utk bimbing mereka.

Tapi kami tidak , kami tidak selalu di office.. kerana kami banyak tanggungjawab di luar utk kami laksanakan. Kami rasa jiwa kami juga milik masyarakat.

Maka setiap boss ada cara tersendiri.
Sedikit tips siapa nak ikut cara kami. Semua tips yg baik itu betul.. Kakfel tidak kata tips org lain tak betul ya.

Cuma sebagai majikan...

Pastikan anda dekat dengan Allah maka anda tahu Allah menjaga perniagaan anda.

Sediakan akur janji yg baik kepada pekerja.
1- wajib solat
2- wajib tutup aurat
3- Takleh mengumpat
4- wajib Dhuha
5- wajib bayar zakat

Paling baru kami minta setiap hari mereka membaca Al quran.

Kita kena tahu apa jenis tips atau konsep kita pakai tapi kalau takda semua asas di atas, tak bawa kemana status kita sebagai majikan. Serta pembentukan staff yg baik adalah melalui jiwa mereka yg baik, maka bila staff ada jiwa yg baik mereka akan bersama company susah and senang sbb itu bukan hanya pekerjaan bagi mereka , lebih kepada amanah.

Setakat hari ni kakfel tgk, kalau sales kurang, tak perlu suruh staff sendri baca yassin, kalau ada masalah tak perlu cakap mereka sendiri solat bersama.

Sebab tu kakfel yakin tinggalkan mereka perniagaan kami, maka kami sebagai majikan boleh terus melangkah and buat step baru setiap hari..

Kita nak berjaya panjang perjalanan serta banyak perkara akan mendatang, sebagai majikan belajarlah mempercayai pekerja dengan syarat. Anda telah membentuk mereka.

Dengan izin Allah, jika baik maka baik kita terima. Kakfel pin pernah jumpa beberapa pekerja tak amanah. Alhamdulillah Allah permudah utk kakfel nilai.

Rezeki ini milik Allah, maka minta dengan Allah. Lepas tu jom laksanakan semua tips tips lain. Baru selari dunia akhirat.

Shared from Puan Felinna

No comments:

Post a Comment