Founder Furaiha Skincare

Fara Sha'are
Facebook : Syarifah Furaiha
Page : Syarifah Furaiha

Salam , bagi yang belum mengenali saya , Fara Sha'are boleh panggil Fara Berumur 22 tahun . Merupakan dropout terhormat sebuah universiti luar negara dan currently masih struggling as medical student di salah sebuah universiti di Mesir
.
Kepakaran saya adalah membantu para wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan diri , mengembalikan senyuman pada wajah untuk tampil yakin dengan kulit wajah bersih , bebas masalah dengan merawat wajah menggunakan bahan semula jadi dan berkualiti tinggi seperti makanan sunnah dan minyak argan dalam set #furaihaskincare kami .
.
Saya juga mengfokuskan untuk membantu para isteri , ibu-ibu dan pelajar untuk menjana pendapatan tambahan dengan sistem agen dan stokis kami . Segala sharing ELMU yang kami lakukan hanyalah semata-mata untuk membantu anda untuk menaikkan sales dan membantu ekonomi keluarga supaya anda tidak lagi terpaksa bekerja hingga tanpa sedar mengabaikan keluarga dan hilang masa untuk fokus beribadah , hanya dengan memanfaatkan media sosial Beri banyak manfaat pada orang supaya menjadi orang paling bermanfaat .
.
Saya menyesal kerana hanya pada umur sekarang baru berani ambil risiko terjun dalam bidang perniagaan secara serius padahal saya patut start lebih awal pada umur belasan tahun , oh I feel very old Lebih ramai berpendapat yang saya mengambil jalan yang salah dan akan gagal teruk , sepatutnya saya hanya fokus belajar medic sahaja . Hanya kerana saya tutup muka dan pakai semua hitam , katanya saya gila kerana memilih bidang kosmetik . Takpe , insyaAllah murah rezeki panjang umur , kita tengok siapa yang gila lagi 2 , 3 tahun ke depan hihi




No comments:

Post a Comment